Make your own free website on Tripod.com

Al-Fatihah

Tulis Ucapan Takziah Untuk Allahyarham Cikgu Mat

 LIHAT  Ucapan Takziah 
TULIS Ucapan Takziah 

Cikgu Mat dalam Kenangan

Cikgu Mohamad Bin Ismail telah kembali kerahmatullah pada 20 November 2000 hari Isnin pukul 7.00 malam. Allhyarham meninggal akibat sakit jantung. Namun hakikat yang sebenarnya Allah lebih sayangkan dia. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar kepada Maahad Muhammadi Perempaun.

Cikgu Mat yang kukenali…..
oleh : Cikgu Nik
Saya mengenali cikgu Mat , 4 tahun yang lalu.Semua orang di Sekolah mengenali cikgu mat. Di kalangan pelajar cikgu mat dikenali sebagai "cikgu Mat comel' . Mungkin kerana wajahnya yang manis,..tapi yang peting bagi saya akhlaknya yang yang 'comel"

Saya jarang melihat cikgu Mat marah terhadap sesuatu. Kalau dia marah pun berpatutan. Allahyarham adalah seorang yang prihatiKepada pelajarnya...semua pelajar sayang padanya.Satu alasan kenapa Allahyarham tak minak ke hospital ialah kerana bimbang "tinggal kelas"... Kepada rakan rakan..kalau saya nak cakap sesuatu kepadanya ..Allahyarham akan dengar dengan prihatin.

Saya selalu menyebut "mugo"(sesuatu) apabila memulakan perbualan..lalu Allahyarham minta perjelasan "mugo" tu apa ? Ini menujukan Allahyarham adalah seorang yang suka kepada sesuatau yang jelas dan tidak kabur.

Allahyarham adalah pakar rujuk komputer di sekolah. Walaupun saya tahu juga tentang komputer tetapi pengetahuan saya tidak setanding dengan pengetahuanya . Allahyarham adalah guru kepada saya. Daripadanya saya belajar erti ketenangan, kesabaran dan kesederhanaan. Saya tak pernah melihat cikgu Mat memadu kereta cukup dengan Honda kesayangannya.

Saya amat terasa kehilangannya...begitu juga dengan cikgu yang lain terutama cikgu Hartini, cikgu Razali, cikgu Jamal, Cikgu Tuan, dan semua guru yang rapat dengan Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya.

Kematian adalah permulaan kepada kehidupan baru yang kekal abadi (Akhirat).


Jawatan Cikgu Mat di MMP
1. Ahli Majlis Kerja Sekolah
2. S/U Peperiksaan
3. Ketua Penasihat Kelab Komputer
4. Guru Berpengalam dalam  Sains dan Matematik

 TAZKIRAH - KEMATIAN

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).

Kembali