Make your own free website on Tripod.com
 

Ucapan Y.B. Tuan Haji Hassan b. Muhammad, Pengurusi Jawatankuasa Pendidikan Sains dan Teknologi Negeri Kelantan

Suatu ketika dahulu pondok-pondok di kelantan telah menjadi tempat bimbingan terbaik .Apabila sistem sekolah pondok malap maka wujudlah sekolah-sekolah arab di bawah kelolaan YIK.Objektifnya bukanlah untuk menentang usaha pihak kerajaan dalam meningkatkan status pengajian yang telah diiktiraf oleh pihak kerajaan yang diterajui oleh pemimpin kita Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad tetapi untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan berlandaskan Islam.
Kita dapat lihat di kelantan sahaja hampir 40 000 ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah YIK yang mana mereka itu bukan sahaja dari golongan bawahan malahan kebanyakan dari mereka yang berstatus tinggi. Zaman pondok dulu tidak terdengar yang budak sekolah mencuri,merompak,menyamun,dan meragut hak orang lain.
Pihak YIK tidak pernah bermegah diatas kejayaan para pelajarnya.di masa ini banyak pihak yang berhasad dengki dan ingin menghancurkan matlamat YIK.oleh itu,kita hendaklah senantiasa berwaspada dan lebih teliti dalam mengatur strategi.
Diriwayatkan oleh imam ghazali, dalam sabda Rasulullah S.A.W. "AKU SEBAGAI NABI, GURU, DAN PENDIDIK DENGAN KAMU WAHAI UMATKU SEBAGAI BAPA DENGAN ANAKNYA".Riwayat imam Ghazali lagi, "guru dan murid hendaklah berkasihani dan saling menyayangi antara satu sama lain."


Sebelum Anda meninggalkan Laman Web ini sila beri apa-apa komen.
[Tulis dan lihat komen]
Terima Kasih 

Kembali Ke Laman Utama

Kembali Ke Laman Web Maahad Muhammadi Perempuan