Ucapan Y.A.B. Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

Pada zaman jepun dulu, ana tinggal di kampung sireh, kelantan bersama dengan keluarga ana seperti keluarga yang lain. Ketika itu ana masih kecil. Ana pergi ke sekolah hanyalah dengan niat yang satu untuk menuntut ILMU.
Orang yang pertama menolong kita dalam menyemai benih keilmuan adalah ibubapa dan guru. ALLAH ialah yang paling utama dalam kehidupan kita sehari-harian dan NABI MUHAMMAD merupakan insane yang terhormat kerana keluasan dan ketinggian mertabat keilmuan dalam dirinya.Manusia yang tidak terlibat dalam pergerakan islam hanya boleh melihat benda didepan mata, tetapi tidak boleh melihat secara batiniah.
ALLAH menciptakan nafsu dalam diri seseorang insane itu untuk mengilhamkan tuannya kearah baik ataupun jahat. Ulama' menjadi tempat orang kafir melepaskan kemarahan yang membara dihati. Perjuangan islam sebenarnya bukanlah bermula dari tahun 1951 (tarikh tertubuhnya parti PAS) dan bukanlah hanya pada nama politik semata-mata, tetapi bermula sejak dari zaman NABI ADAM ALAIHISSALAM. Penentangan terhadap islam bukanya bermula dari GEORGE W. BUSH, TONY BLAIR, ARIEL SHARON [LAKNATULLAH], tetapi sejak dari zaman nabi lagi.
Menurut bicara seorang ahli falsafah, "HIDUP DIDUNIA INI IBARAT SEBATANG SUNGAI'' Contohnya, anak sungai yang mengalir dihadapan rumah seseorang itu, tidak semestinya sejak azali lagi seperti itu, kerana pangkalnya bukanlah bermula dari situ, tetapi bermula di satu-satu tempat contohnya dari bukit. 
Al-quran merupakan sumber yang paling tepat dan isinya disyarah oleh periwayat hadith. Perangai manusia yang berlaku dizaman nabi akan berlaku pada zaman ini dan ia juga akan berlaku pada saat hampir kiamat kelak. Begitulah juga dengan petua-petua pada zaman khulafa' Ar-Rasyiddin masih kekal pada alaf ini dan ia juga akan berkekalan sehingga ke hari pembalasan kelak.
Orang-orang munafiq bukanlah kategori yang dicipta oleh manusia, tetapi telah dikategorikan oleh ALLAH di dalam Al-Qur'an Alkarim. Didalam Al-Qur'an, ALLAH S.W.T telah mengetegorikan manusia kepada 3 kategori yang paling popular iaitu; MU'MIN, KAFIR, DAN MUNAFIQ. Firman ALLAH S.W.T yang berbunyi (ITULAH ORANG MUNAFIQ YANG TELAH MEMBERITAHU GOLONGAN LAIN SUPAYA JANGAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA ORANG YANG BERJIHAD FI SABILILLAH).
Orang-orang mu'min tidak akan berdendam dengan orang lain kerana kerja mereka adalah melakukan perkara yang terpuji dan elok perilakunya. Ketahilah kita bahawa ada 2 'toyol' dalam tubuh setiap insane, iaitu; 'toyol' syaitan dan 'toyol' malaikat. Orang kedekut adalah musuh tuhan kerana bertentangan dengan sifat yang maha pemurah. 
Sesungguhnya, kita hendaklah beriman dengan benda ghaib, kerana ALLAH, MALAIKAT, SYURGA, NERAKA, SYAITAN, DOSA, DAN PAHALA merupakan di antara perkara-perkara ghaib. Apabila kita solat, kita hendaklah solat dengan penuh ceghio(bersungguh-sungguh), bukanlah hanya dengan nama solat semata-mata. 
Untuk pengetahuan bersama, saya pernah belajar di universiti AL-AZHAR, MESIR selama 4 tahun dan sepanjang tempoh itu banyak mutiara ilmu dan pengalaman yang dapat saya kutip. Banyak dugaan yang saya tempohi sepanjang pengajian saya disana sehingga boleh diibaratkan jika pertempuran antara syaitan AL-AZHAR dan syaitan MALAYSIA berlaku, maka syaitan AL-AZHAR lah yang akan diiktiraf sebagai pemenang. Ini menyatakan bahawa dalam menuntut ilmu, terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi demi untuk mencari ilmu di bawah lembayung redha dan rahmat Ilahi. Dan jika berlaku pertempuran di antara malaikat AL-AZHAR dengan malaikat MALAYSIA, nescaya malaikat AL-AZHAR lah yang akan dinobatkan sebagai juara!.
Dengan ini maka semakin kukuhlah kenyataan yang menyatakan, kita dalam menimba ilmu sering dibelenggu oleh godaan syaitan. Dan malaikatlah yang berusaha menepis kemaraan syaitan supaya kita sentiasa tenang ketika menuntut ilmu. Oleh itu, janganlah kita mudah berputus asa kerana ada orang lain yang lebih susah daripada kita.
Pada satu sesi kuliah di Pahang, salah seorang kanak-kanak yang mendengar kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang menuntut di Mesir menyatakan bahawa wajah ustaz itu begitu jernih dan tenang setenang wajah malaikat!.
Untuk makluman semua, tanah YIK yang seluas 78 ekar yang mana seluas 15 ekar telah diperuntukan untuk menubuhkan sekolah YIK. Dan yang selebihnya insya-ALLAH , akan diperuntukkan untuk membina SMU(A)MAAHAD SAINS kelak. Ini membuktikan kerajaan YIK tidak hanya mementingkan ilmu akhirat sahaja, bahkan YIK juga turut menekankan ilmu duniawi terutamanya sains.
Ini kerana, ilmu sains merupakan salah satu dalil kewujudan ALLAH S.W.T. Dan setiap fenomena alam yang diolah oleh ilmu sains adalah yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan menguatkan lagi dalil kebesaran ALLAH S.W.T. Sains juga menjadi asas dalam menyedarkan kita bagaimana satu-satu fenomena itu berlaku. 
Penggunaan ilmu sains bukan sahaja untuk mengejar arus kemodenan,tetapi juga untuk memperkenalkan betapa islam itu penuh dengan ilmu pengetahuan dan fenomena alam yang terjadi berkait rapat dengan islam. InsyaALLAH dengan ini lebih ramai orang akan menyedari betapa indahnya islam dan ini akan membawa mereka kearah jalan yang benar. Dengan sains juga kita dapat memperkenalkan dan memartabatkan serta mengembalikan kedaulatan islam di mata dunia.
Jika seseorang itu bukan dari golongan munafiq, dia tidak akan menyekat bantuan kepada SAR kerana sistemnya berlandaskan islam. Ni nok ghoyat bui otok demo tu beghulat bena nah!. 
Marilah bersama kita renungi masa depan anak-anak kita, jika sekolah agama dimansuhkan sudah tentu anak-anak kita akan dinodai dengan keruntuhan akhlak seperti menagih dadah, merogol, melepak, mencuri dan sebagainya. Ini akan memberi kesan kepada dunia kerana merekalah yang bakal menerajui dunia dengan DAULAH ISLAMIAH. 
Sesungguhnya qiamat tidak akan berlaku melainkan ibubapa, anak, dan cucu (semua) menjadi jahat!!.


AL-A'ZIZ AL-JABBAR AL-MUTAKABBIR

APABILA MANUSIA MENDENGAR NAMA ALLAH ITU, MEREKA AKAN MENJADI TAKUT DAN SEDAR BAHAWA ALLAH LEBIH BERKUASA DARIPADA MEREKA.

Orang yang belajar di pondok tidak seorang pun yang tidak cerdik dan merka tahu menjaga diri mereka sendiri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Mereka mencari duit dan bekerja untuk mencari pahala disisi ALLAH S.W.T. 
Orang yang bersekolah agama ini akan keluar ke mana-mana sahaja dengan jiwa islamnya dan mereka akan pergi menyebarkan jihad dan berdakwah di jalan ALLAH S.W.T. dan sebaliknya bagi mereka yang berjiwa meterialistik hanya mementingkan wang semata-mata tanpa memikirkan darima datangnya rezeki mereka.
Demi untuk menyelamatkan sekolah agama, insyaALLAH kita akan sama-sama bersolat hajat pada hari SABTU, 22 FEBRUARI 2003 DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE- IV……………………………INSYA-ALLAH…………..

Disalin dan ditulis semula oleh :

Azi Pertiwi Hussain - 2E2
Siti Raudhah Mawardi - 4A2
Nur Istianah Ramli - 4S5


Sebelum Anda meninggalkan Laman Web ini sila beri apa-apa komen.
[Tulis dan lihat komen]
Terima Kasih 

Kembali Ke Laman Utama

Kembali Ke Laman Web Maahad Muhammadi Perempuan