Ucapan Y.B. Dato Haji Abdul Halim b Abdul Rahman. Timbalan Menteri Besar Kelantan

Qur'an menceritakan perihal orang munafiq di zaman dinasti khalifah islamiah, 
Dan bagaimana perilaku akhlak budi dan tatatertib mereka pada zaman tersebut.Orang munafiq senantiasa ada dimuka bumi ALLAH S.W.T. ini.Orang munafiq itu terdiri dari kalangan orang islam sendiri.Dipetik daripada al-qur'an , firman ALLAH S.W.T. , (orang munafiq berkata "janganlah kamu orang islam membantu orang yang berjuang @ berjihad fi sabilillah agar mereka terseksa dan menjadi serik, maka mereka akan lari dari medan perjuangan").Lalu ALLAH S.W.T. membalas balik apa yang dikatakan oleh orang munafiq tadi dengan firman-Nya yang berbunyi "TAK USAH LAH KAMU BERSUSAH HATI WAHAI HAMBAKU KERANA SESUNGGUHNYA LANGIT DAN BUMI ITU ADALAH HAK ALLAH S.W.T. DAN BUKANLAH MEREKA YANG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU, TETAPI AKULAH(ALLAH)YANG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU WAHAI HAMBAKU".

Di dalam islam, ada falsafah pendidikan sebagai mana dasar-dasar yang lain seperti dasar ekonomi, dasar pertanian, dan juga dasar muslimah.Falsafah penddikan dari sudut islam mempunyai cara yang tersendiri. Negara Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara islam yang merdeka, tetapi tidak pernah melaksanakan hukum-hukum dan dasar-dasar islam.Tetapi kerajaan yang menerajui Malaysia pada zaman globalisasi ini mengiktiraf dasar pendidikan yang dipelopori oleh sekularisma barat yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan nilai-nilai islam.

Pendidikan secular hanya merangkumi 2 perkara asas iaitu; ILMU DAN KEMAHIRAN.Sedangkan objektif sebenar dalam dasar pendidikan islam merangkumi 4 perkara; ILMU, AKIDAH, KEMAHIRAN, DAN AKHLAK.Pentingnya ilmu itu adalah untuk menggilap akal fikiran yang mana merupakan makanan rohani untuk akal manusia.
Sebenarnya sejak dilahirkan lagi kita sudah mempunyai bakat tersendiri yang hanya perlu diasah untuk mengembangkan lagi bakat itu yang menjurus kepada satu-satu bidang. 2 eleman penting yang tiada dalam dasar secular ialah Akidah dan Akhlak.Akidah yang berteraskan islam begitu penting kerana setiap pelaksanaan yang dilakukan terbukti diatas akidah pegawai atau seseorang yang melaksanakan perlaksanaan itu sendiri.Jika seseorang hanya berilmu, tetapi tidak mempunyai akidah , ini akan membawa kepada krisis yang mana akan merosakan akidah sesebuah masyarakat itu sendiri.Akidah itu juga merupakan .asas untuk melahirkan manusia yang mampu memikul tanggungjawab dan membawa tamadun islam kearah yang benar.Akhlak juga merupakan eleman penting dalam melaksanakan suatu dasar pendidikan.Lihat lah di zaman ini, kemungkaran yang berlaku disebabkan oleh kecenderungan sistem pendidikan yang kurang menerapkan nilai-nilai akhlak di dalam sistem pembelajaran.

Sistem pendidikan hendaklah digarap dengan baik dan sempurna seperti mana yang dilaksanakan oleh pihak YIK.Sah bagi sesebuah negara itu untuk menubuh dan menyelenggara institusi yang bermotifkan keislaman atau melakukan apa sahaja seperti membelanjakan wang untuk menubuhkan institusi pengajian islam.Kerajaan sesekali tidak berhak untuk mempersengketakan usaha YIK dalam mewujudkan suasana islam.Apa yang YIK lakukan berlandaskan enegmen dan undang-undang yang sah disisi islam.
Kita yakin bahawa pegawai- pegawai pusat yang merupakan pro -kerajaan tidak dapat melaksanakan seperti mana yang ingin dilaksanakan oleh pihak YIK. Sekolah agama rakyat(SAR) kini semakin ditekan oleh kerajaan disebabkan oleh perancangan kerajaan untuk menghapuskan SAR telah dirancang sejak 3 tahun yang lalu. Selain itu sokongan orang cina yang semakin merosot disebabkan oleh dasar pendidikan yang baru iaitu penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan bagi proses pembelajaran matematik dan sains juga merupakan salah satu factor SAR ditekan.Berlakunya propaganda ini disebabkan oleh kerajaan PAS yang membangkang 100% dasar yang dibentangkan oleh kerajaan dan ini seiring dengan orang cina yang turut sama membantah pelaksanaan ini.

Kerajaan telah memperuntukan sebanyak 5 billion daripada dana negara untuk melaksanakan dasar menginggeriskan matematik dan sains pada hari pembentangan belanjawan 2003.Kita sebagai peneraju SAR menjadi mangsa tekanan politik. Dimana hilangnya demokrasi yang selama ini dilaung-laungkan oleh kerajaan yang menyatakan negara ini adalah sebuah negara demokrasi???
Saya yakin bahawa kita semua tidak akan tunduk dibawah telunjuk kerajaan yang di nodai dengan tipu helah.Kita mestilah berpegang teguh pada dasar membangun bersama islam yang selama ini diperjuangkan oleh YIK.

Baru-baru ini kerajaan mempertaruhkan isu gaji sebagai salah satu cabang untuk menjatuhkan SAR. Kata mereka kononnya YIK tidak mampu untuk memperuntukan gaji yang sempurna kepada tenaga pengajar di sekolah bawah kelolaan YIK. Walhal,pada tahun 2002 sahaja YIK telah memperuntukan sebanyak RM37320 000 untuk menampung gaji guru-guru di sekolah YIK. Pada tahun 2003 pula, YIK telah mengambil inisiatif untuk menangani masaalah kekurangan gaji dengan memperuntukan sebanyak RM42000 000 termasuk RM9000 000 sebagai bonus buat guru-guru YIK.

Kerajaan pusat telah memberhentikan bantuan kewangan dan bantuan tenaga pengajar seramai 150 orang guru kementerian akan ditarik balik daripada SAR, biarpun perkara sebegini tidak sewajarnya samasekali berlaku.Walaupun mereka menyekat dan membenci kita, kita masih berkemampuan untuk meneruskan jihad kita walaupun tanpa setitis bantuan pun dari mereka. 

 

Disalin dan ditulis semula oleh :

Azi Pertiwi Hussain - 2E2
Siti Raudhah Mawardi - 4A2
Nur Istianah Ramli - 4S5


Sebelum Anda meninggalkan Laman Web ini sila beri apa-apa komen.
[Tulis dan lihat komen]
Terima Kasih 

Kembali Ke Laman Utama

Kembali Ke Laman Web Maahad Muhammadi Perempuan